|
Sepanjang 2011
Friday, December 23, 2011 @ 12:34 AM | 0 Comment [s]
Hai, aku kembali setelah sekian lama berdiam diri di dalam rumah. Huhuhuhu~ Bukan apa, cuma tak ada cerita yang nak ditulis di sini. Ni pun merepek je apa-apa yang boleh. Nanti orang boring, than tak nak baca lagi. Hmmm~ Tapi sebenarnya sepanjang 2011 ni macam-macam juga yang berlaku, contohnya, awal tahun masuk pertandingan buat roket dengan Afiqah Yusof dan Miza Hamid. Pertengahan tahun pula, masuk persembahan angklung. Akhir tahun, masuk persembahan drama dan koir. Tapi jadi crew je bukan artis. Boleh dikatakan sesuatu yang baru juga la dalam hidup aku. sebelum ni tak pernah nak masuk aktiviti macam ni sebab tak ada keberanian, malu nak berdepan dengan orang baru. Masa drama tu memang best. Tapi aku tak reti nak bergaul. Hehehehe~ Aku duduk je, orang lain semua buat kerja. Aku nak buat juga tapi aku takut dia orang akan cakap aku menyibuk. Walaupun macam tu, tapi at last kawan juga sebab entah. Memang best la masa tu, tapi sayang aku balik awal than tak dapat tukar-tukar nombor phone, ambil-ambil gambar untuk kenangan. Hmm~ Tak apa lah, yang penting kita enjoy! Huhuhuhuhu~Sekarang ni dah cuti sekolah, cuti daripada semua aktiviti sekolah. Sangat membosankan. Pergi holiday dengan keluarga pun tak sebab hujan je setiap hari. Bila dah hujan mesti ramai orang kena demam macam abah aku yang sekarang ni kena batuk-batuk tapi sebab dia hisap rokok bukan sebab hujan. Hehehe~ Mama pula sibuk dengan jahitan. Nak keluar dengan kawan-kawan pun tak sanggup. Tak sanggup dengar dia orang menolak pelawaan aku tu. So apa yang boleh dibuat adalah, layan you tube, facebook, blog dengan twitter tu tak berapa nak layan la tapi boleh la. Eh~ lupa pula nak bercerita tentang telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang. Semalam tayangan. Komen aku, cerita tu macam cerita endon juga mungkin sebab watak utamanya endon. Hihihihi~ Apa-apa pun jealous juga kat Elfira tu sebab dia peluk dengan Randy. Huhuhuhu~ Dah la. Sampai sini je la eh. Bye! Semoga cuti korang semua best. =) |
![]() ![]() |